Monday, December 27, 2010

wanita :')

Aku seorang wanita,
Yang punya hati dan perasaan,
Mungkin ku kelihatan kasar,
Tetapi jiwaku tetap wanita..
Aku seorang wanita,
Yang tidak bisa bersendirian,
Janganlah aku dibiar tanpa teman,
Jangan biarkan daku duka tanpa luahan..
Aku seorang wanita,
Aku mungkin jahat dan hina,
Namun aku tetap wanita,
Yang perlu belaian kasih sayang..
Aku seorang wanita,
Yang lemah segalanya,
Janganlah dikau salahkan daku,
Jikalau aku meluahkan perasaanku..
Aku seoarng wanita,
Mungkin aku kuat dan tabah,
Dalam hadapi dugaan hidup,
Namun hati wanita tuhan sahaja yang mengetahuinya..
Aku seorang wanita,
Yang tuhan kurniakan kelembutan,
Walaubagaimana hatiku membara,
Namun jiwa tidak tersampai membenci manusia..
Aku seorang wanita,
Yang punya harga diri dan maruah,
Wahai semua jejaka,
Jangan kau permainkan jiwa kaum hawa...

No comments:

Post a Comment