Friday, July 8, 2011

^^

 lama diriku tidak menaip untuk pengisian blog ini 
sungguh bila mahu mengisi blog ini dengan penulisan tetibe buntu , bila tidak mahu punya la banyak ideanya ~ baikk 
kamu yang cantik,hensem tu sume baca la eyh apa y bawah ni :)


DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Allah itu dekat. Dekat sangat. Kita bukan seharusnya tahu Allah SWT itu dekat, tetapi mesti SEDAR dan YAKIN Allah itu dekat. SEDAR dan YAKIN segalanya apa yang ada di langit dan di bumi serta isinya adalah di bawah penguasaan Allah SWT. Inilah apa yang Rasulullah katakan sebagai Ihsan.

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Manusia hanya akan kembali kepada Tuhannya apabila di dalam kesusahan. Jarang sangat yang sentiasa sedar akan Allah SWT di setiap saat kehidupannya. Manusia lebih mudah meminta tolong daripada manusia lain tanpa meminta bantuan Allah SWT terlebih dahulu.

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku


KepadaMu ya Allah kami sembah dan kepadaMu kami minta pertolongan. Apabila pergantungan kita total kepada Allah SWT, pasti rahmat Allah akan dimiliki dan jalan hidup akan diterangi.

Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

SEDAR…… Apakah kita sedar atau sekadar tahu? Orang yang SEDAR pasti tidak akan menjauhi Allah SWT. Namun selama ini kita hanya sekadar tahu tetapi tidak sampai ke tahap KESEDARAN. Marilah kita sama-sama memiliki KESEDARAN yang tertinggi iaitu hanya Allah SWT tempat pergantungan kita dalam apa jua keadaan sekalipun.

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Semoga jalan kehidupan kita dunia dan akhirat sentiasa dirahmati dan diterangi oleh Allah SWT.
 

No comments:

Post a Comment