Thursday, January 20, 2011

bace neyh awakk

salam sume , acctually bende neyh bkn saya yang tulis tpy saye copy kt blog yang saya dah anggap dye macam kakak saye sndiri :) sory ye faa, sha copy bnde neyh sbb sha sokong sgt2 ape yang  faa tulis neyh :)
korang2 sila baca :)

...awak yang bergelar perempuan. Let's make it simple.

1. Boleh tak jangan bergantung dekat lelaki? Bodoh sengal tau tak kalau awak buat macam tu. Sebab bila lelaki tu dump awak, awak nangis macam orang gila. Dia siapa? Belum pun lagi milik awak okeh!

2. Boleh tak jangan jadi terlampau baik dengan lelaki. Eh boleh je baik tapi jangan terlampau. Kalau dia tu suami awak takpe la jugak, ni entah siapa siapa entah. Awak nak buat baik terlampau dekat dia kenapa? Karang bila dia kasi awak problem sikit, awak mula la nangis. Kata saya kasi everything dekat dia, tapi dia buat macam ni dekat saya. Ha ni saya nak cakap, siapa suruh awak kasi everything dekat dia? Siapa suruh? T__T

3. Walaupun lelaki itu baik gila macam bidadari, tolong la, jangan cuba nak percaya lelaki 100% dan jangan cuba letak percaya awak dekat dia. Feh. Ini paling saya tak boleh terima. Awak nak kasi 100% percaya dekat dia buat ape? Tu keluarga awak tu ada, kasi 100% percaya dekat keluarga awak, bukan orang lelaki tu. Sebab ape? Sekali dia rosakkan percaya awak tu, masa tu, saya konfem awak jerit terlolong. sambil cakap why why why? Alahai. Sengalnya.

4. Jangan jadi terlalu emosional dengan lelaki. Contoh macam kena sikit, nangis. Itu sikit nangis. =.= Tunjuk la awak tu kuat/garang sikit. Ok, saya tahu semua nak jadi perempuan yang sopan dan baik. Tak semestinya kalau awak tunjuk kuat/garang awak tu, awak terus jadi kuat/garang tak balik-balik dekat diri asal awak =.= Ini maruah diri awak tu. Tunjukkan lah yang maruah awak tu tinggi. Tak mudah di petik macam tu je. Tak mudah di jual beli macam tu. Eh awak, maruah diri ok. Nak kasi camtu buat ape? Gilaa ke?

5. Tolong jangan jadi gedik terlebih-lebih. Awak ingat lelaki suka ke? Dia nyampah lagi ada. Kalau nak kasi attention dekat lelaki, bukan macam tu carannya. Faham? =.= Ok, saya pun tak tau macam mana cara nak attract lelaki. Sebab tak pernah bother pun menda alah tu. Pelik, buat apa nak kasi attention dekat lelaki? Eh, malu itu perisai wanita. Jadi, tolong gunakan malu yang Allah kasi dekat awak tu. Kalau malu takde dalam diri. Allah, awak manusia paling kesian di dalam dunia ni. Tahu tak? Paling kesian.

6. Kena ingat ni, lelaki walau macam mana pun, dia tetap lelaki. Tak boleh nak ubah-ubah. Ok?

You got my point honey? Jadi, gunakan. Ada banyak. Tapi ini yang saya nak tekankan. Eh, tolong lah ya. Saya sayang kaum saya. Bukan sayang macam saya sayang barang kesukaan saya. Tapi sayang saya macam saya sayang diri saya sendiri. Saya tak nak sebabkan lelaki yang belum lagi menjadi milik awak yang sah, awak dah jadi gila tak tentu hala. Macam nonsense gilaaaa awak tahu? Dan saya sedih awak tau bila awak macam putus asa sebab lelaki, nangis sebab lelaki, tak lalu makan sebab lelaki, ada yang tu nak bunuh diri sebab lelaki. Sengal tau tak!

Wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi ^.^

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Tepuk dada tanya Iman. Ok, peringatan untuk diri sendiri juga. Yang dah belajar karate, taekwando, silat, tomoi dan yang lain lain tu, bagus la. Untuk self defense. Yang takde tu, tolong letak dalam beg anda spray untuk keselaman diri. Tak kira la spray apa apa pun, jangan spray nyamuk dah lah ye. Karang spray dekat muka lelaki tu kang, buta pulak mata dia. Huk. Ok? Jangan lupa!

Kepada lelaki yang baca ni, jangan la pula terasa. Ini benda yang betul. Islam takde mengajar kami untuk gedik-gedik atau meleseh-leseh dengan lelaki. Malah Islam mengajar kami untuk tundukkan pandangan :)
NOTA : hasil nukilan faa :) btw,thanx bgi copy :) 

2 comments: