Saturday, August 20, 2011





Allahu Rabbi
Aku datang di hadapan-Mu dengan hati yang tercela
Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa
Dengan jiwa yang lemah dan longlai
Dengan kekuatan yang pudar
Dengan semangat yang tiada tersisa..
Ampunkan daku ya Allah
Aku tidak pandai memujuk diri supaya bersabar
Aku tidak pandai memujuk diri supaya redha
Aku tidak pandai beradab menerima ujian Daripada-Mu..
Allahu Rabbi
Engkau yang memberi nikmat bahagia padaku
Engkau jua yang memberikan rasa sakit dalam deritaku
Segela ujian dan nikmat itu dari-Mu
Maka...kupohon penawarnya ya Allah
Hilangkan segala duka dan sakit hatiku ini
Hilangkan segala rasa sedih dan terluka ini
Kerana Engkau yang memegang hati-hati hamba-Mu..
Aku tidak yakin pada diriku sendiri
Oleh itu , kepada-Mulah aku bergantung harap
Pada-Mulah aku menyerahkan segala pergantungan
Kerana kutahu Engkau tahu memujuk hatiku,membelai jiwaku
dan meniupkan cinta-Mu dalam hatiku ini
Kini, kutagih kasih daripada-Mu
Dakaplah daku dalam cinta-Mu,
Usirlah kesepian dan duka lara yang sebati dalam hatiku ini ,
Gantikanlah ia dengan cinta-Mu yang luhur dan suci
Cinta-Mu yang Agung dan tidak bertepi..

Ameen ya Allah

p/s : T.T

No comments:

Post a Comment