Monday, April 4, 2011

kerana mata

sebelum baca ini saya amik dalam komuniti iluvislam :)



"Nini, jom keluar outing petang ni. boring la dalam bilik je."

"No hal, tapi ke mana??? aku tak nak ke jalan masjid india, ramai orang. macam duk kat negara bangla je..."

"tak la, jom gi mid, dengar kata kat sana ada PC fair. Aku nak beli Karspersky ni. Tak boleh hidup la tanpa laptop."

"Aik, kenapa pulak? bukankah laptop kau okey je aku tengok. baru je semalam aku copy cerita Twilight kan.."

"Okay tu memang la. tapi laptop tu tak ada antivirus. takut jugak rosak, terkena virus. Zaman sekarang ni, macam2 virus ada. Rasa tak selamat je.."

"ok, ok.. petang ni kita keluar lepas zohor. Meet you then..."

"Bye..."



Petang itu, kami keluar sekali, rupanya ramai lagi member2 yang bercadang ke MID VALLEY. Dalam Rapid KL tu, aku terus mencari tempat duduk kosong supaya tak jenuh berdiri nanti. Sewaktu bas berhenti di depan PPUM, aku terlihat seorang pak cik yang buta kedua-dua belah matanya terkapai- kapai mencari tempat kosong untuk berdiri. Nasib baik ada seorang pemuda yang baik hati, memimpin tangan pak cik yang buta itu ke tempat duduknya. dan tempat duduknya betul- betul bersebelahan denganku. sesekali, aku cuba menipiskan telinga untuk mendengar perbualan antara pemuda tu dengan pak cik tadi. Apa yang menarik minatku adalah kata- kata pemuda itu tadi: "BERUNTUNG PAK CIK, DAPAT JAGA DIRI DARI MAKSIAT MATA. RAMAI YANG ADA NIKMAT MELIHAT, TAPI DIGUNAKAN UNTUK SIA-SIA DAN DAPAT DOSA DENGAN MUDAH JE".. Aku terdiam, mencari maksud yang tersirat di sebalik kata- kata itu.. Entah kenapa, hati terasa seperti tercucuk dengan jarum tajam, terasa berpeluh seluruh badan.. "Allahuakbar...." lafaz mulia itu terkeluar tiba2 tanpa diminta..



Di Mid Valley, aku melunaskan hajatku untuk membeli karspersky dan seterusnya, kami singgah makan di restoran. Suasana yang sungguh sibuk dengan manusia. Kepalaku pening dengan pelbagai bau, sekejap bau perfume, sekejap bau Indians yang sememangnya aku tak suka. Tanpa sedar, aku terlanggar seorang mak cik sewaktu bersesak- sesak di pintu keluar. Mak cik yang besarnya 2 kali ganda daripadaku menengking aku di khalayak ramai, " lain kali, pakai mata waktu jalan. Ada mata, tapi tak guna..". Terkebil- kebil aku bila dimarahi sebegitu rupa di tempat awam,teramat malu dengan orang yang memandang. Tanpa sempat meminta maaf, mak cik itu berjalan laju masuk ke mid valley. Nini hanya senyum memandangku dan berkata, "mak cik, mak cik, cepat marah, cepat tua. bukannya kita sengaja pun". Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya berfkir tentang 2 peristiwa yang berlaku hari itu, keduanya berkait dengan MATA.



Kami tiba di kampus dalam pukul 5. selepas makan di kafe, aku terus menghubungi teman rapatku untuk membantu setup antivirus. aku ni buta IT. takut jadi seperti tikus membaiki labu. Dan akhirnya, laptopku kini telah selamat dari anasir luar (virus). "Lepas ni, bolehlah nak copy drama dan movie dengan nita, copy lagu dengan nia.wahh, bestnya.." gumamku sendiri. Tapi anganku dimatikan dengan bicara lembut Liya, " semua orang takut kalau laptop tiada antivirus. katanya, takut virus masuk. Tapi HATI KITA PULA BAGAIMANA, ADAKAH KITA PASANG ANTIVIRUS?" Tanyaku, " antivirus hati ada jugak ke? macam mana?" .pelik jugak, x pernah lagi dengar tentang hati pun ada antivirus. Jawab Lia, " Pernah terbaca dalam buku 3T ( Taubat, Tasbih, Tahajud) bahawa hati manusia ni seperti internet. Advance kan? Tiap masa, kita dapat mengakses dan menilai peristiwa yang berlaku di keliling kita. baik atau buruk, cantik atau hodoh.. Jadi, hati kita ni sentiasa bergelojak. Ibn Qayyim ada berkata: FREKUENSI GELOMBANG HATI BAGAIKAN GELOJAK AIR YANG SEDANG MENDIDIH. Tapi biasalah kita kan manusia biasa, terkadang iman naik, kadang iman turun. waktu iman turun tu la, pentingnya antivirus hati iaitu zikir, solat, baca quran , tahajud. Andai di fikiran waktu tu terlintas nak lakukan dosa, aktifkan antivirus tu: segera istighfar, baca a'uzubillah, baca 3 qul, ambil wudhu' dan jauhi sumber maksiat tu... biasanya kita selalu risau kalau tidak update antivirus, selalu scan dan buat disc clean up, takut laptop rosak. TAPI BAGAIMANA ANTIVIRUS HATI KITA? SELALU UPDATE TAK?"

Zupppp, kata- kata Liya menyentap jiwa yang sememangnya jarang dengan semua itu.



Malam itu, aku buka radio IKIM (91.5 fm untuk selangor), kebetulan waktu tu seoarang pemanggil meminta lagu Saksi dari kumpulan Rabbani feat Mawi.. sungguh, liriknya begitu tajam menusuk sanubariku, "tangan berkata apa dilakunya,kaki bicara ke mana ia melangkah,mata bersuara apa pandangannya,telinga bercerita apa yang didengar".... tanpa kusedar, air mata mengalir laju membasahi pipi. Teringat perbualan pemuda dengan pak cik di atas bas tadi,"BERUNTUNG PAK CIK, DAPAT JAGA DIRI DARI MAKSIAT MATA. RAMAI YANG ADA NIKMAT MELIHAT, TAPI DIGUNAKAN UNTUK SIA-SIA DAN DAPAT DOSA DENGAN MUDAH JE"..Tiba- tiba, dadaku sebak, hatiku rasa teramat menyesal. Astaghfirullah, mataku sering memandang dosa,mulutku selalu berkata dusta, telinga mendengar umpatan dan lagu yang lagha. Ya Allah, betapa jauh diriku dari Allah. I think that I lost something precious before. terasa hati ini kosong. lesu. lemah... Ya, hidayah Allah boleh datang bila- bila sahaja, dan aku berjanji: 'Iffah kini takkan sama dengan 'Iffah dulu. AKU AKAN BERUBAH !!! Langkah pertama, aku menelefon ibu ayah di kampung memohon maaf dan memohon restu dari mereka kerana doa ibu ayah itu mustajab.. Sungguh, sebelum ini,aku seorang anak yang keras kepala dan malas. Hidupku sewaktu cuti sem hanyalah di depan laptop dan tv semata, jarang sekali membantu ibu di dapur. pasti mereka sering berkecil hati denganku. Tapi, mereka jarang memarahiku, mungkin mereka fikir aku ingin qada' semua ini setelah penat study sewaktu di kampus. Ya lah, 3 sem berturut- turut, aku berjaya mendapat Dean's List." Ya Allah, aku ingin berubah, bantulah hambaMU" doaku sendirian. Lantas, aku mengambil wudhu' dan membuka diari. Larut dalam rasa taubat, luahan hati tanda penyesalan atas dosa lalu.............





Ya Allah,

tika melihat pada diriku ini,

terasa malu untuk menghadapMU Ya Rabbi,

sering aku lewatkan seruan azan tuk menghadapMu Ya Rahman,

berapa lama masaku dengan al quran?

apakah amal istiqomah yang aku lakukan?

mengapa selalu malas ulang kaji pelajaran?

sering kulaku dosa di kala bersendirian,

nikmat pancaindera selalu kuabaikan,

untuk tujuan kemaksiatan,



Ya Allah,

berikan aku keampunan,

tunjukkan aku jalan kebenaran,

agar diri tidak sesat dengan hasutan syaitan..



Alhamdilillah,

kini aku kembali menujuMu,

aku berjanji pada diri,

untuk mencari antivirus hati,

agar hatiku kebal dengan taqwa dan iman,



~tamat (^_^)~



p/s: cerita ini diadaptasi dari pengalaman kat bus stop di sentral market, sewaktu menunggu my brother untuk pergi ke batu pahat waktu sem lepas. waktu tu, berbual dengan sepasang suami isteri yang buta di bus stop. terdetik di hati, untung mereka, terjaga dari maksiat mata yang macam2 ada di luar sana: perpuan seksi x tutup aurat, pasangan yang belum halal aksinya mengalahkan pasangan halal, dan macam2 lagi. segala yang baik dari Allah, segala yang buruk dari kekurangan diri.

2 comments:

  1. menarik betul ceta awk ni tq

    entri terbaru
    http://orderbookonline.blogspot.com/2011/04/my-stormkid-portal.html

    Blog info tentang pelbagai buku

    ReplyDelete